Pembangkang Tolak RUU Pengagihan Gas


Seperti sedia maklum Rang Undang-Undang (RUU) Pengagihan Gas 2016 telah diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada kali ini malah ia disokong sepenuhnya oleh beberapa pihak khususnya dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan Barisan Nasional.

Namun, pihak pembangkang dilihat seperti memperlekehkan usaha kerajaan negeri dalam memperolehi kuasa penuh dalam bidang gas meskipun rang undang-undang berkenaan bakal memberi manfaat kepada ekonomi, peluang pekerjaan, penambahan teknologi dan lain-lain.

Pihak pembangkang sentiasa mempolitikkan usaha kerajaan atau isu walaupun terbukti ia merupakan perkembangan positif demi memberi manfaat kepada rakyat dan negeri.

Justeru, ADUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman menyelar sikap ADUN pembangkang yang kononnya bersuara lantang memperjuangkan hak Sarawak tetapi apabila membabitkan isu kebaikan rakyat dan negeri, pembangkang seolah-olah mencerminkan bahawa kerajaan tidak telus dan korup.

"Ia hanya retorik semata-mata tetapi mereka pada hakikatnya tidak memperdulikan hak Sarawak sebenarnya,”

"Bukan sahaja mereka tidak menyokong tetapi turut memperlekeh usaha kerajaan untuk memperoleh kuasa penuh dalam bidang gas," ujar beliau semasa membahas Belanjawan Negeri Sarawak 2017 pada persidangan DUN semalam.

RUU Pengagihan Gas ini adalah bukti keprihatinan kerajaan negeri dalam mengembalikan hak Sarawak dalam menguruskan industri gas dimana Sarawak menjadi menjadi pembekal utama gas di Malaysia.

Malah, ia merupakan langkah penting negeri dalam usaha mengawal penggunaan sumber tersebut dan membantu pembangunan perindustrian kerana negeri akan mempunyai bekalan yang lebih baik dan mencukupi. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA