Pembangkang Perlekeh Usaha Perjuang Hak Sarawak - Fazzrudin

KUCHING : Pembangkang ternyata hipokrit untuk memperjuangkan hak Sarawak apabila tidak menyokong Rang Undang-Undang Pengedaran Gas yang telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

(BN-Tupong) Fazzrudin Abdul Rahman berkata, pihak pembangkang bukan sahaja tidak menyokong tetapi memperlekehkan usaha kerajaan untuk memperolehi kuasa penuh dalam bidang gas.

"RUU berkenaan bakal memberi manfaat ekonomi, peluang pekerjaan, menambah teknologi dan lain-lain lagi.

"Malangnya apabila diluar dewan, suara mereka lantang memperjuangkan hak Sarawak, tetapi ianya retorik semata-mata tetapi mereka pada hakikatnya tidak memperdulikan hak Sarawak sebenarnya," katanya ketika berbahas di DUN.

Beliau turut berkata bahawa pembangkang sekali lagi memburukkan kerajaan dan mencerminkan kerajaan tidak telus dan rasuah di mata rakyat dengan plot cerita yang auta.

"Perhimpunan kecil dengan 'placard' menuntut penjelasan berkenaan Projek Kecil Luar bandar (MRP) seolah kerajaan tidak mahu respon terhadap usul ADUN Kot Sentosa Chong Chieng Jen.

"Dalam usul di dewan sebelum itu, Chong telah membawa satu usul di mana dalam usul tersebut dengan jelas dirungkai oleh Speaker," ujarnya.

Fazzrudin turut menjelaskan bahawa terdapat dua perkara dalam usul tersebut yang telah membuat pertuduhan yang berat tanpa asas terhadap kerajaan.

"Jika Chong ikhlas, beliau boleh menarik balik perkara yang menuduh kerajaan dan meneruskan usulnya untuk memohon penjelasan berkenaan peruntukan MRP.

"Beliau juga boleh menghantar soalan kepada Ketua Menteri atau Menteri Kewangan untuk memohon penjelasan," tambahnya.

Jelas Fazzrudin, tetapi oleh kerana niat dan hasrat Chong hanyalah untuk kelangsungan politik dan putar belit untuk memburukkan kerajaan, maka Chong tidak mahu menarik balik perkara pertuduhan tersebut agar usul beliau ditolak dan digantung dari dewan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA