Pemain, Petugas JDT Dapat Cincin Khas RM85,000 Setiap Seorang



KUALA LUMPUR: Sebagai membalas jasa para pemain dan petugas kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berjaya menjuarai Liga Super tiga kali berturut-turut, mereka akan menerima cincin khas bernilai RM85,000 setiap seorang, menurut laman Facebook Johor Southern Tigers.

Cincin khas yang diperbuat daripada emas dan platinum bertatahkan berlian serta batu nilam itu akan disampaikan kepada semua pemain sebagai satu kenangan tanda kejayaan mereka dalam mencipta sejarah hebat bagi pasukan berkenaan.

Bagi penyokong kelab Harimau Selatan itu pula, Kelab Bola Sepak JDT akan mengeluarkan replika cincin khas berkenaan dengan harga mampu milik menurut Facebook Johor Southern Tigers itu lagi.

- Utusan Malaysia

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA