• Peluang Rakam Gambar Menakjubkan Berakhir

    Published: Wednesday, 2 November 2016
    A- A+

    ST MARTIN: Satu daripada peluang untuk merakam gambar paling menakjubkan berakhir Jumaat lalu.

    Sepanjang 20 tahun lalu, orang ramai memenuhi Pantai Maho di St Martin, bukan setakat untuk berkelah, tetapi untuk menyaksikan pesawat Boeing 747 KLM membuat pendaratan selepas melepasi hanya 25 meter di atas kepala mereka.

    Ia membolehkan pengunjung merakam gambar mengagumkan sebelum pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana.

    Bagaimanapun, Jumaat lalu, pesawat Boeing 747 itu membuat pendaratan terakhirnya.

    Dan mulai Sabtu, hanya pesawat lebih kecil - Airbus A330 - akan digunakan untuk laluan itu.

    Ramai yang menyuarakan kekecewaan dengan berakhirnya era itu.

    Dalam satu kenyataannya, KLM berkata, syarikat itu akan menggantikan pesawat Airbus A330 untuk penerbangan tiga kali seminggu ke St Martin kerana ia kini mengendalikan penerbangan terus ke situ dari Amsterdam.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Peluang Rakam Gambar Menakjubkan Berakhir "