Pelaung Suara 'Ajaib' Terjemah Bahasa Secara Automatik


TOKYO: Untuk membantu syarikat Jepun menguruskan pelancong asing yang semakin ramai melawat negara itu, sebuah syarikat menghasilkan pelaung suara inovatif yang boleh menterjemahkan bahasa Jepun ke Bahasa Inggeris, Cina dan Korea secara automatik.

Syarikat berkenaan menamakannya ‘Megahonyaku.’

Bagaimanapun, buat masa ini, tidak semua perkataan boleh diterjemahkan kerana ia dibuat dengan memuat naik 300 frasa yang biasa digunakan seperti, ‘Kereta api ditunda,’ atau ‘Berhati-hati berjalan.’

Namun, syarikat yang menciptanya berjanji akan menambah frasa baru dari semasa ke semasa dan penggunanya boleh memuat turun menerusi Internet.

Pelaung suara pintar itu direka untuk digunakan di kawasan seperti stesen pengangkutan, lapangan terbang dan destinasi pelancongan, tempat pengumuman segera dan tepat amat diperlukan.

Untuk memilih bahasa yang hendak diterjemahkan, skrin sesentuh disediakan bagi membolehkan pengguna memilih bahasa yang hendak digunakan.

Bagaimanapun, syarikat itu, Panasonic, akan melancarkannya secara rasmi pada 20 Disember. Namun, syarikat itu berkata, ia tidak bercadang menjualnya, sebaliknya hanya mahu menyewakannya dengan bayaran 20,000 yen (RM795) sebulan dengan kontrak tiga tahun. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA