• Pelarian Cecah 42,000

    Published: Friday, 11 November 2016
    A- A+

    IRAQ: Hampir 42,000 penduduk Mosul di Iraq telah meninggalkan kediaman mereka di beberapa kawasan terlibat sejak operasi membebaskan bandar itu daripada kumpulan militan Daesh dimulakan bulan lalu.

    Menurut Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) dalam satu laporan dikeluarkan kelmarin, seramai 41,988 telah dipindahkan akibat daripada operasi Mosul yang berterusan sejak 17 Oktober lalu.

    "Penduduk Mosul menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pelarian, selain mereka yang datang dari kawasan lain di utara Iraq," menurut agensi terbabit.

    Difahamkan, angka itu adalah 7,000 lebih tinggi berbanding jumlah yang direkodkan IOM, Selasa lalu.

    17 Oktober lalu, tentera Iraq yang disokong pejuang sukarelawan dan Kurdish Peshmerga melancarkan operasi besar-besaran untuk merampas kembali Mosul, bandar strategik di utara Iraq daripada Daesh.

    Pasukan keselamatan berjaya memasuki had Mosul buat pertama kalinya minggu lalu, sejak Jun 2014 selepas bandar itu jatuh ke tangan militan di tengah-tengah kempen keganasan di utara dan barat Iraq. - Press TV

    Subjects:

  • No Comment to " Pelarian Cecah 42,000 "