Pelaksanaan mandat biodiesel B10, B7 ditangguhkan


PUTRAJAYA:  Pelaksanaan mandat biodiesel untuk program campuran 10 peratus (B10) bagi sektor pengangkutan dan campuran tujuh peratus (B7) bagi sektor industri akan ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, langkah tersebut diambil selepas satu kajian menyeluruh dilakukan dengan mengambil kira perbezaan antara harga minyak sawit mentah (CPO) dan diesel di pasaran.

“Walaupun usaha-usaha yang signifikan telah dilakukan untuk pelaksanaannya, kerajaan tetap komited untuk memastikan bahawa tiada beban kos kepada rakyat pada masa ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini telah bersetuju untuk memperkasakan pelaksanaan Program Biodiesel dengan meningkatkan campurannya untuk sektor pengangkutan kepada B10 sementara program 7 akan juga dilaksanakan untuk sektor perindustrian pada Disember ini. - UTUSAN ONLINE


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA