Pelajar Malaysia Di Ohio State University Selamat


KUALA LUMPUR: Semua pelajar Malaysia dilaporkan selamat susulan kejadian serangan di Ohio State University (OSU), Amerika Syarikat pada Isnin, menurut Education Malaysia Washington DC.

Media Amerika melaporkan seorang pelajar merempuh kumpulan pejalan kaki dengan keretanya di kampus Columbus, Ohio sebelum menyerang pelajar lain dengan pisau pemotong daging sebelum kemudiannya ditembak seorang pegawai polis kampus.

"Dimaklumkan semua 296 pelajar Malaysia dalam keadaan selamat," kata pejabat pendidikan itu.

Sebelas orang dimasukkan ke hospital berikutan kejadian itu, seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal, menurut media Amerika.

Dilaporkan penyerang itu adalah pelajar universiti berketurunan Somalia. - BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA