Pelacur Dekat Rumah Ibadat Goda Iman



KUALA LUMPUR: Kewujudan sekurang-kurangnya lima premis rumah kedai yang menjalankan aktiviti maksiat di Jalan Gajah, Pudu, dekat sini mengundang resah dalam kalangan masyarakat setempat kerana kedudukannya yang terlalu hampir dengan tiga rumah ibadat.

Ini berikutan luahan beberapa pihak yang mendakwa kunjungan jemaah ke rumah ibadat berkenaan sering terganggu dengan lambaian menggiurkan ke pusat berkenaan terutama ketika waktu subuh.

Masjid, gereja dan tokong yang hanya terletak sekitar 15 hingga 20 meter daripada premis kegiatan itu jelas merunsingkan jemaah kerana bimbang boleh mencemarkan kesucian rumah ibadat itu.

Dakwaan itu ternyata benar apabila tinjauan Harian Metro di kawasan berkenaan mendapati lima premis pusat pelacuran dikesan aktif beroperasi.

Bangunan tiga tingkat yang diterangi lampu merah itu jelas menjadi tumpuan golongan lelaki hidung belang yang tidak putus-putus memasuki premis berkenaan seawal jam 7 malam hingga 6 pagi. -Harian Metro

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA