Pekerja Syabas Dakwa Dipukul Ketika Bertugas

Pekerja Syabas Dakwa Dipukul Ketika Bertugas
BULAN lalu, negara digemparkan dengan gelagat adik beradik ‘pendekar cangkul’ yang mencederakan kakitangan Syarikat Air Johor Holding Sdn. Bhd. (SAJ) sehingga mereka dikenakan denda RM5,000 setiap seorang.

Reda dengan kejadian itu, timbul pula dakwaan seorang kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) diserang ketika menjalankan tugas di Kampung Seri Indah, Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Menerusi perkongsian pembaca, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Zulkhairi Abdullah, 27 tahun, diserang ketika menjalankan pemotongan meter bekalan air di kawasan perumahan tersebut sebelum didatangi seorang lelaki dari arah belakang.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi, Jumaat lalu, suspek menyerang mangsa dengan memukul di bahagian muka dengan tangan dan menyebabkan dia mengalami luka di bahagian muka dan hidung.

Suspek juga memarahi mangsa dan menarik motosikal miliknya sebelum anak suspek menghubungi polis bagi meminta bantuan.

“Saya rasakan lelaki tersebut tidak berpuas hati kerana saya telah potong meter air di alamat tersebut,” kata mangsa.

Susulan tidak berpuas hati dengan tindakan suspek, Zulkhairi telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh pada hari kejadian. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA