Pekerja Kilang Bata Maut Tersepit Pada Mesin


KUCHING: Operasi sebuah kilang bata di Kota Padawan terhenti sebentar seorang pekerja maut apabila tersepit pada mesin pembuatan batu bata petang tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dalam insiden yang berlaku sekitar jam 2.40 petang itu dikenali sebagai Tien Pau Sung berusia 40 tahun.

Menurut jurucakap bomba, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dikerahkan ke lokasi kejadian selepas panggilan diterima pada jam 2.49 petang.

"Mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh pekerja kilang.

"Seterusnya, mangsa diserahkan kepada ambulans untuk tindakan selanjutnya," katanya.-Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA