Pegawai Kanan China Dilantik Sebagai Presiden Interpol

BEIJING 11 Nov. – Seorang pegawai kanan keselamatan awam dilantik sebagai presiden Interpol, menurut media tempatan negara itu semalam, yang disifatkan akan meningkatkan usaha China menangani isu rasuah.

Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, Timbalan Menteri Keselamatan Awam China, Meng Hongwei dipilih ke jawatan tersebut ketika mesyuarat anggota ke-85, namun tiada sebarang maklumat lanjut diberitahu.

Langkah itu menandakan China memegang satu lagi jawatan penting dalam agensi antarabangsa dan mungkin membantu meningkatkan usaha berprofil tinggi untuk mengesan penjenyah China yang lari ke luar negara. – REUTERS

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA