Payudara Mengecil ‘Jatuh’ Ke Perut


LAIN yang diharap, lain pula yang jadi. Itu situasi malang yang dialami seorang wanita dari China yang terpaksa mendapatkan nasihat doktor di salah sebuah hospital di negara itu bagi menjelaskan situasi payudaranya yang semakin mengecil.

Menurut sebuah laman tempatan, wanita yang dikenali sebagai Wang itu, difahamkan telah menjalani pembedahan membesarkan payudara 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, pembedahan yang dijalankan secara suntikan itu tidak bertahan lama apabila ukuran ‘asetnya’ semakin berkurangan namun saiz perutnya pula makin bertambah.

Setelah pemeriksaan dijalankan, doktor mendapati bahawa payudara Wang telah ‘jatuh’ ke perut menyebabkan ukuran saiz perutnya semakin besar.

Tambah laman itu lagi, suntikan pembesaran payudara itu dilakukan menggunakan sejenis bahan cecair yang diharamkan di negara itu iaitu Amazingel.

Ternyata bahan tersebut sebenarnya banyak memberikan keburukan kepada penggunanya dan ia juga merupakan bahan yang boleh menyebabkan terjadinya kanser.

Pada awalnya, bahan tersebut memang memberikan kesan positif namun lama-kelamaan ianya akan merebak atau bergerak kebahagian anggota lain seperti yang dialami oleh Wang.

Difahamkan, doktor telah melakukan pembedahan terhadap Wang untuk membuang bahan tersebut dari badannya. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA