Papan LED Tidak 'Kacau Orang ' Tetapi Dimusnahkan

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kesal dengan sikap invidividu yang merosakkan bilik operasi papan gergasi LED di pintu gerbang Jejantas Petra Jaya (Taman Hussein).

Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, akibat gelaja vandalisme tersebut, papan LED terbabit gagal berfunsi seperti biasa.

“Justeru, bagi membendung gejala seperti ini berleluasa, DBKU mengajak warga kota Kuching bersama-sama DBKU membanteras gejala seperti ini daripada kian menular.

“Percayalah, tanpa kerjasama warga kota Kuching, usaha membanteras kecurian harta benda awam dan gejala laku musnah seperti ini tidak akan berjaya,” katanya.

Menurutnya lagi, gejala tidak bermoral seperti kecurian dan laku musnah harta benda awam semakin berleluasa termasuk di kawasan pertabiran DBKU.

“Perbuatan tidak bertanggungjawab itu mengundang pelbagai komplikasi kerajaan kerana terpaksa membelanjakan berjuta ringgit untuk membaiki kemudahan awam yang dicuri dan dirosak.

“Selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab dalam mengurus hal ehwal pentadbiran bandar raya, DBKU memandang serius mengenai gejala seperti ini,” ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA