Palam Elektrik Melekat Di Kepala Budak


BEIJING: Seorang kanak-kanak di China mengalami detik-detik mengerikan apabila kepalanya ditembusi palam elektrik akibat terjatuh dari katil.

Budak berusia dua tahun itu yang digelar sebagai Chen Chen (bukan nama sebenar), bermain di rumahnya di Guangzhou apabila tragedi itu berlaku pada Sabtu lalu.

Doktor berjaya mengeluarkan palam itu dari kepalanya selepas menjalankan pembedahan selama tiga jam.


Menurut laporan portal xkb.com, Chen Chen bermain di atas katil kira-kira pukul 11 pagi pada 5 November lalu sebelum hilang kawalan akibat terpijak bola plastik dan terjatuh dari katil.

Namun dia kurang bernasib baik apabila kepalanya terjatuh di atas palam elektrik yang menembusi bahagian kiri kepalanya.

Doktor yang melakukan pembedahan tersebut berkata, tiga pin besi palam itu turut menembusi bahagian otak Chen Chen dan pihaknya perlu mengambil masa yang lama bagi mengeluarkan objek itu.

Keadaan kanak-kanak itu dilaporkan stabil dan dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh dua minggu lagi.-mStar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA