Pakaian RM1 Sehelai


ALOR GAJAH: Peniaga pakaian terpakai Mohd Yusof Satardin, 65, menawarkan harga jualan RM1 bagi semua jenis pakaian dijual di kedainya di Pekan Tebong Stesyen, di sini, sejak mula beroperasi dua minggu lalu.

Mohd Yusof berkata, dia menawarkan harga RM1 bagi semua jenis pakaian dijual bagi membantu meringankan beban orang ramai.

"Walaupun harganya RM1, namun tetap berkualiti dan berjenama termasuk yang diimport dari Jepun demi memastikan keselesaan pemakainya, majoriti pelanggan saya penduduk tinggal sekitar Tebong, termasuk masyarakat Orang Asli.

"Saya lakukan semua ini untuk bantu orang ramai berjimat, penduduk di Tebong ini pula bukan orang senang kerana memperoleh pendapatan dengan mengambil upah melakukan kerja kampung sahaja," katanya.

Dia juga berazam membuka lebih banyak cawangan kedai menjual pakaian terpakai bagi membantu meringankan perbelanjaan golongan kurang berkemampuan khasnya yang tinggal di kawasan luar bandar.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA