Pakai Seragam `Seorang Ibu’ Untuk Halloween Dapat Pujian


Dengan lingkaran hitam di bawah mata dan kesan muntah di atas bahu, seorang budak perempuan kelihatan sangat letih.

Dia mengendong anak patung manakala satu lagi anak patung diikatkan di kakinya sambil dia merenung kamera dalam keadaan wajah yang keletihan akibat tidak cukup tidur.

Namun kenapa budak perempuan itu, dikenali sebagai Lainie, berada dalam keadaan berkenaan?

Lainie sebenarnya memakai kostum Halloween namun pakaiannya itu bukan menggambarkan hantu, sebaliknya keadaan seorang ibu yang keletihan, yang terpaksa bertungkus lumus menjaga anak-anak dan mengendalikan urusan rumah tangga.

Gambar Lainie, dari Amerika Syarikat itu telah dimuatnaik oleh Rachael Fansler Beachy di Facebook dan mendapat 165,000 likes.

“Anak perempuan rakan saya ini menjadi `seorang ibu’ untuk Halloween. Nampak tak lingkaran hitam di bawah matanya dan muntah. Saya nak pengsan. Inilah seragam terbaik pernah saya saksikan,” katanya.

Menurut Rachael, Lainie sepatutnya masuk pertandingan pakaian beragam dan seharusnya menang.

Penampilan Lainie itu juga mendapat pujian kaum ibu kerana sememangnya itulah penampilan harian mereka ketika menguruskan rumah tangga. – mynewshub.cc

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA