Pacman Rampas Takhta



Las Vegas (Amerika Syarikat): Bintang sukan tinju dari Filipina, Manny Pacquiao, 37, merampas semula takhta Kejohanan Pertubuhan Tinju Dunia (WBO) di Thomas & Mack Center di sini, hari ini.

Dalam saingan welterweight WBO itu, Pacquiao atau lebih dikenali sebagai Pacman meraih kemenangan untuk kali ketiga selepas menundukkan Jesse Vargas.

Pacman sebelum ini mengumumkan persaraannya tujuh bulan lalu, namun kembali ke gelanggang dengan menjatuhkan Vargas pada pusingan kedua.

Ketiga-tiga hakim membuat keputusan pertarungan memihak Pacquiao dengan jumlah mata kedua, 118-109 dan ketiga pada 114-113. - Metro

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA