Obama sambut Trump di Rumah Putih


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan menyambut penggantinya, Donald Trump di Pejabat Oval, hari ini bagi berbincang ke arah memastikan kelancaran peralihan kuasa, demikian menurut Rumah Putih.

Trump, yang menewaskan pencabarnya dari Demokrat, Hillary Clinton dalam satu keputusan mengejut semalam akan bertemu Obama pada jam 11 pagi waktu tempatan (1600 GMT) disusuli sidang media selepas kedua-dua pemimpin selesai berbincang. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA