Nenek Sorok Arak Maut Dibelasah Cucu


FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT . Seorang remaja ditahan atas dakwaan membunuh neneknya hanya kerana mangsa menyembunyikan arak.

Menurut laporan Yahoo News, polis menyerbu kediaman mangsa selepas jiran membuat laporan terdengar jeritan meminta tolong, Oktober lepas.

Saksi mengatakan suspek Dylan Brougham, 18 tergesa-gesa meninggalkan kediaman tersebut sebelum kedatangan polis.

Polis kemudian menemui mangsa, Joyce Courson, 69, terbaring berlumuran darah dan mangsa dihantar ke hospital.

Dylan bagaimanapun berjaya ditahan polis atas dakwaan melakukan kekerasan.

Joyce yang masih dirawat di hospital meninggal dunia seminggu kemudian menyebabkan Dylan didakwa atas tuduhan membunuh.-sh

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA