Nelayan Dakwa Dirompak Di Perairan Kinabatangan



KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan sedang menyiasat dakwaan sekumpulan nelayan dirompak di perairan Kinabatangan, tengah hari tadi.

Difahamkan, kejadian membabitkan empat nelayan menaiki dua bot yang didatangi sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Kinabatangan antara Mumiang dan Kertam.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, ketika dihubungi berkata pihaknya belum menerima laporan rasmi berhubung perkara itu.

"Kami telah dimaklumkan tetapi tidak dapat mengesahkan kejadian itu. Kami perlu menunggu laporan rasmi," katanya. - BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA