• Naluri Ibu Kuat Rasakan Anak Selamat

    Published: Friday, 25 November 2016
    A- A+


    KUALA PILAH: Naluri ibu kuat merasakan anak lelakinya, Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, yang dikhuatiri hilang dalam ekspedisi mendaki Gunung Damavand, Iran, masih selamat.

    Syed Redzuan dan Ramli Abdul Majid, 44, dilaporkan tidak kembali ke Kem 3 yang terletak pada ketinggian 4,200 meter sejak jam 9 malam, Isnin lalu.

    Difahamkan, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sudah digerakkan bagi menjejak dua rakyat Malaysia terbabit namun sehingga petang kelmarin masih belum menemui mereka.

    Pasiah Md Din, 67, yang tinggal di Kampung Kepis Baru, di sini, berkata, dia dimaklumkan mengenai kehilangan anak sulung daripada enam beradik itu oleh menantunya, Isnin lalu.

    Menurutnya, dia terkejut dengan berita kehilangan itu kerana anak lelakinya sangat berpengalaman dalam aktiviti pendakian. - Harian Metro

    Subjects:

  • No Comment to " Naluri Ibu Kuat Rasakan Anak Selamat "