Najib sambut Presiden Turkmenistan di Putrajaya


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak menyambut ketibaan Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Gurbanguly yang sedang dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia pada pukul 10 pagi disambut Najib dan beliau kemudiannya diberi sambutan kehormat di Dataran Putra oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Diraja Melayu.

Beliau selepas itu mengadakan mesyuarat dua hala bersama Najib dengan turut disertai delegasi terdiri menteri serta pegawai kanan kedua-dua negara.

Ini adalah lawatan kali kedua beliau ke Malaysia selepas lawatan pertama di negara ini pada 2011.

Pertemuan antara Gurbanguly dan Najib akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk berbincang tentang hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkmenistan dalam sektor minyak dan gas, yang menyaksikan penglibatan aktif Petronas di negara itu, di samping meneroka bidang kerjasama baharu.

Selain itu, pertemuan tersebut juga akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk bertukar-tukar pandangan tentang pelbagai isu global dan serantau yang melibatkan kepentingan kedua-dua negara. - K! ONLINE

a

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA