Najib Lawat Kawasan Industri Baru Gu'an


BEIJING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melawat Kawasan Industri Baru Gu'an, sebuah bandar pintar, mesra perniagaan dan contoh bandar industri pada masa depan.

Beliau diberi taklimat oleh President China Fortune Land Development Co Ltd (CFLD) International, Jerry Zhao ketika menyaksikan pelan perancangan di dewan pameran CFLD, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan kawasan itu sejak 2002.

Perdana Menteri turut diberi taklimat mengenai perkembangan paparan teknologi AMOLED yang digunakan sebagai paparan produk seperti telefon bimbit.

CFLD kini membangunkan generasi keenam teknologi AMOLED dengan kerjasama Tsinghua Visionox dan Govisionox Optoelectronics Co Ltd.

Najib kemudian melawat Pusat Pengedaran JD E-Commerce, satu daripada syarikat terbesar e-dagang di China sebelum menikmati pemandangan indah dan menyiram pokok di Taman Tasik Peacock.

Beliau mengambil kesempatan bergambar dengan beberapa hadirin.

Terletak kira-kira 50 kilometer ke selatan Beijing, Gu'an dalam wilayah Hebei menempatkan pelbagai industri, terutama dalam lima bidang yang difokuskan kerajaan China iaitu aeroangkasa, perubatan bio, pembuatan peralatan bermutu tinggi, e-dagang dan industri perkhidmatan moden.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA