Najib Bertemu Peneraju Industri Dan Perniagaan Jepun



TOKYO - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini ini mengadakan siri perjumpaan dengan para peneraju industri dan perniagaan serta organsisasi tertentu Jepun termasuk wakil Persatuan Persahabatan Parlimen Jepun-Malaysia (JMPFA) di Hotel Imperial di sini.

Perdana Menteri dan delegasi lawatan kerja termasuk dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Abdul Rahman Dahlan kemudian menghadiri jamuan tengah hari bersama tokoh-tokoh berkenaan di hotel sama.

Majlis dihoskan oleh Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Jepun iaitu Horito Izumi. Perbincangan hari ini bermula dengan Pengerusi JMPFA, Keini Furuya yang turut disertai Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa.

Ia disusuli dengan kunjungan Pengerusi dan Ketua Pengarah Eksekutif Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO), Hiroyuki Ishige.

Pemimpin-pemimpin industri Jepun yang bertemu Najib termasuk daripada IHI Corporation, Mitsui Co. Lyd., NEC Corporation, East Japan Railway Company, Sumitomo Corporation, Taisei Corporation, Japan Petroleum Exploration Co. (Japex), Tokyo Gas Co Ltd. dan Mitsubishi Corporation.

Kemuncak lawatan kerja tiga hari ini adalah pertemuan dengan Najib dengan rakan sejawatannya Shinzo Abe Abe di pejabat Perdana Menteri Jepun lewat petang ini.-UTUSAN ONLINE

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA