Naiktaraf Majlis Perbandaran, Penghargaan Untuk Penduduk Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN : Langkah menaiktaraf Majlis Daerah Samarahan (MDS) kepada Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) oleh kerajaan negeri merupakan satu impian dan penghargaan untuk seluruh penduduk Kota Samarahan.

Ahli Perlimen Kota Samarahan Rubiah Wang berkata, dengan naiktaraf sebegini, akan lebih banyak pembangunan yang memberi faedah kepada masyarakat akan dilaksanakan.

"Masih banyak lagi pembangunan yang perlu dilakukan dan ia sudah semestinya memberi faedah kepada masyarakat setempat.

"Inilah realitinya hasil usaha yang baik agar segala perancangan yang berteraskan rakyat di masa hadapan akan mampu dilaksanakan secara sistemetik dalam pelbagai aspek," katanya kepada Sarawakiana.

Rubiah berkata demikian bagi mengulas langkah kerajaan negeri menaiktaraf Majlis Daerah Samarahan(MDS) kepada Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS).

Beliau turut menjelaskan bahawa penaikan taraf ini akan memberi lebih banyak peluang penglibatan masyarakat dalam sektor penjanaan ekonomi.

"Dengan ini peningkatan pelbagai lapisan masyarakat dalam aspek ekonomi lebih terbuka luas dan mampu meningkat taraf hidup.

"Bukan setakat dalam aspek komersial malah dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS), pertanian dan nelayan turut menerima impak yamg besar daripada apa jenis fasiliti yang telah disediakan," ujarnya lagi.

Rubiah turut mengucap tahniah kepada masyarakat Kota Samarahan kerana hasil kerjasama erat masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mampu menaik taraf Kota Samarahan seperti hari ini. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA