Nai Dan Dinamik Bergabung Semula ?


KUCHING : Lagu 'Biar Putih Tulang' kumpulan rock Dinamik telah menjadi siulan anak-anak muda sehingga ke hari ini.

Hampir 20 tahun tiada kedengaran khabar berita daripada kumpulan tersebut sejak popular pada era 90'an.

Cuma masih kedengaran aktif ialah penyanyinya Nai Dinamik yang sering terlibat di belakang tabir muzik Dayak di Sarawak.

Malah Nai pernah merakam album solo dalam lagu iban dan masih menyumbang lagu kepada artis-artis iban dan aktif menjadi penyanyi jemputan untuk majlis-majlis tertentu.

Ada sumber menyatakan Nai akan bergabung kembali bersama kumpulan Dinamik asal.

Difahamkan Nai dan Dinamik akan menggegarkan kembali pentas muzik tanahair dengan kemunculan album baru.

Peminat Dinamik masih menunggu kemunculan mereka dan berharap kumpulan tersebut akan terus aktif memberi saingan kepada kumpulan rock baru tanahair. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA