Muka Tidak Malu, Merayu Kepada Ketua Menteri



Sehingga kini, jawatankuasa penganjur BERSIH 5 di Sarawak gagal untuk mendapat venue perhimpunan setelah tiga venue yang dipohon ditolak.

Pengalaman telah mengajar siapa BERSIH sebenarnya yang sebelum ini telah berlangsung di Sarawak dan hasilnya BERSIH mengkhianati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Mungkin pihak BERSIH yang sering memungkiri syarat-syarat yang ditetap, maka permohonan mereka ditolak oleh PBT. Bukan syarat mereka ingkari sebelum ini, malah undang-undang pun mereka tidak hormati.

Kenyataan terbaru BERSIH baru-baru ini ialah mengambil jalan untuk merayu kepada Ketua Menteri agar mereka diberi venue untuk melakukan perhimpunan. Mereka terpaksa membawa muka tidak malu kepada Ketua Menteri sedangkan agenda mereka lebih kepada tidak menyokong piliharaya yang telah dilangsungkan selama ini.

Apa yang diketahui, mereka hendak menuntut pilihanraya yang bersih, rasuah dan sebagainya. Jelas mereka sebenarnya menentang perlembagaan yang selama ini diamalkan oleh negara ini sejak sekian lama. Menidakkan kepimpinan kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat.

Kenapa perlu merayu kepada Ketua Menteri Sarawak untuk meluluskan venue sedangkan mereka sepatutnya membuat perhimpunan BERSIH di Pulau Pinang yang jelas pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang sedang bergelumang dengan isu rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya.

Bukannya mengadakan perhimpunan di Sarawak kerana tiada satu pun bukti kepimpinan perlu dibersihkan oleh mereka. Apa lagi BERSIH turut diketahui mendapat dana daripada George Soros. Kenapa perlu Ketua Menteri Sarawak memberi kebenaran kepada mereka yang bekerjasama dengan pihak asing untuk menjatuhkan kepimpinan negeri dan negara.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA