Muhyiddin ke Bukit Aman, rakam percakapan


KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBTM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dipanggil ke Bukit Aman, pagi tadi, bagi merakam percakapan berhubung kenyataan yang dikeluarkan dalam Parlimen.

Beliau sebelum sudah dimaklumkan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, dua minggu lalu, berhubung siasatan yang akan dilakukan ke atasnya.

Muhyiddin yang hadir bersama dua peguam serta ditemani isterinya Puan Sri Noorainee Abd Rahman, diambil keterangan selama lebih sejam bermula jam 10.15 pagi hingga 11.50 pagi tadi.

Siasatan dijalankan mengikut Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Selain Muhyiddin, Bukit Aman turut sudah merakam percakapan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung siasatan yang sama.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA