Muhammad Ziyad Sah Jadi Suami

Foto Hazreen Mohamad.

BANDAR BARU NILAI: Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, Muhammad Ziyad Zolkefli, 26, selamat dinikahkan dengan gadis pilihannya, Zafirah Md Nasir, 26, di Desa Casuarina di sini, sebentar tadi.

Dengan tiga kali lafaz, pemegang rekod dunia acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) itu, yang dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Md Nasir Abdul Wahab, 60, sah bergelar suami kepada gadis yang dikenalinya ketika menuntut di sebuah kolej swasta, beberapa tahun lalu.

Pengantin perempuan menerima RM3,000 sebagai mas kahwin, serta wang hantaran RM11,000.

Seramai 200 jemputan yang kebanyakannya ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua pengantin hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Muhammad Ziyad sebelum ini berkata, dia hanya sempat belajar empat bulan sahaja di kolej berkenaan sebelum menerima tawaran daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menjadi atlet sepenuh masa.

"Perkenalan saya dan Zafirah singkat sahaja, selepas itu saya mencarinya di laman Facebook dan kami mula berkawan sebelum mengikat tali pertunangan pada 15 November tahun lalu," katanya.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA