Monyet Bingung Cuba Bersihkan Tompok Hitam


HARARE - ZIMBABWE. Video comel seekor anak monyet cuba membersihkan tompok hitam di badan seekor anjing jenis Dalmation bernama Indigo menarik perhatian ramai.

Paparan video berdurasi 39 saat itu melibatkan Pepe La Pew yang merupakan monyet jenis Vervet dan Indigo yang menjadi sahabat apabila anjing tersebut menyelamatkan Pepe.

Pepe kelihatan bingung apabila tidak berjaya membuang tompokan hitam di badan Indigo walaupun sudah digaru beberapa kali.

Indigo pula kelihatan hanya membiarkan dirinya diperiksa oleh anak monyet itu.

Aksi mereka itu mengundang tawa pemilik Indigo, Bayo Pigors dan kelihatan dalam rakaman itu, Indigo sempat menjilat Pepe beberapa kali.

Pigors yang merupakan pengasas pusat Perlindungan Primat Liar mengatakan Indigo merupakan ibu tumpang yang sesuai buat Pepe.

-Sinar Harian

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA