Minum Smoothie Dicampur Air Mani Demi Kesihatan


JIJIK dan memualkan. Ada juga yang tergamak menjadikan air mani sebagai bahan minuman kononnya atas faktor kesihatan.

Seorang ibu tunggal di Britain sanggup minum smoothie yang dihasilkan daripada air mani sebagai petua untuk meningkatkan imuniti badan terutama ketika musim sejuk.

Tracy Kiss, 29, dari Buckinghamshire, berkata bagi tujuan itu dia telah menyenaraikan beberapa rakan lelakinya yang boleh membekalkan sperma kepadanya.

Meskipun Tracy seorang vegetarian, namun dia bersedia untuk menggunakan produk `manusia’ itu atas alasan kesihatan.

Dia yang minum smoothie berkenaan setiap pagi mendakwa, pengambilan air mani telah memberikan banyak manfaat kesihatan.

Jelas ibu kepada dua anak itu, kali pertama ketika dia meminta air mani dari rakannya, mereka menyangka dia mahu menghamilkan dirinya sendiri.

Namun selepas dia menyatakan akan manfaat air mani itu, mereka akhirnya bersetuju dengannya.

“Saya selalu rasa tidak bertenaga namun kini mood saya telah berubah. Ia boleh menjadi sedap, bergantung kepada apa yang kawan lelaki saya makan.

“Ada rakan lain yang menyifatkan saya sebagai pelik, tetapi saya tidak peduli,” katanya. Tracy berkata, dia hanya memilih rakan yang tidak merokok dan bebas penyakit berjangkit.

Selain itu, Tracy turut menggunakan bahan berkenaan sebagai rejim kecantikannya dengan menyapunya di badan termasuk muka dan membiarkannya selama 20 minit.

“Ada orang yang bimbang kerana terpaksa meletakkan air mani di muka mereka namun ia sebenarnya sangat semula jadi dan sihat,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA