Miliki, Dedah Pengauditan 1MDB, Rafizi Dijel 18 Bulan


KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli dihukum penjara 18 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas dua pertuduhan iaitu memiliki dan mendedahkan satu halaman Laporan Pengauditan 1Malaysia Dovelopment Berhad (1MDB), Mac lalu.

Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagaimanapun Zulqarnain membenarkan permohonan pemimpin kanan parti pembangkang itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara tersebut sementara menunggu rayuan.

Mengikut pertuduhan pertama, Rafizi, 39, didakwa memiliki tanpa kebenaran yang sah halaman 98 Laporan Pengauditan 1MDB dan mendedah yang bersalahan dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 sedangkan dia tidak berhak menyimpan dokumen tersebut.

Pertuduhan kedua pula, Rafizi didakwa memiliki dokumen yang sama dan telah mendedahkan kandungan rahsia di halaman tersebut dalam satu sidang akhbar.

Kedua-dua perbuatan itu di­dakwa dilakukan di lobi Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen di sini pada pukul 3 petang, 24 Mac dan 28 Mac lalu.

Pertuduhan tersebut masing-masing dikemukakan mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) dan Seksyen 8(1)(c)(iv) OSA yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi tujuh tahun jika sabit kesalahan. - K! ONLINE



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA