Mesir Akan Laksana GST Sebanyak 14% Tahun Depan



MESIR akan menggenakan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 14 peratus bermula tahun hadapan bagi memperkukuhkan lagi ekonomi negara Timur Tengah itu.

Menurut Menteri Kewangannya, Amr El Garhy, keputusan itu dicapai menerusi perbincangan bersama di Parlimen bagi memperkasakan lagi keutuhan ekonomi.

“Tahun ini kita mengenakan sebanyak 13 peratus namun bermula tahun hadapan ia akan meningkat sebanyak 14 peratus.”

“Ini merupakan kadar cukai yang boleh memulakan semula proses membina dan membangunkan ekonomi Mesir selain memperkaskan lagi sistemnya bagi memudahkan pelaburan asing ke negara ini,” katanya dipetik Reuters.

Mesir mengalami masalah ketidakstabilan ekonomi sejak lima tahun lepas disebabkan situasi politik yang tidak menentu.

Perkara itu sekali gus menyebabkan sektor pelancongan dan pelaburan asing terjejas teruk, yang mana kedua-duanya merupakan faktor utama menyumbang kepada kemasukan wang ke negara tersebut. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA