Melissa Francis Artis Iban Paling Menyerlah #AMD2016

KUCHING : Penampilan yang bergaya dengan pakaian di taja oleh Jamier Ramos Monteron dan Juru solek serta dandanan oleh Gebriel Padan, Melissa Francis adalah antara artis iban yang paling menyinar di Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2016 yang lalu.

Melissa telah menerima empat anugerah berprestij iaitu lagu Iban terbaik, susunan muzik terbaik, lagu paling popular dan lagu balada terbaik.

Menurut Melissa, AMD merupakan platform untuk mempopularkan artis tempatan dan beliau berharap anugerah tersebut sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa untuk meningkatkan prestijnya.

"Saya berharap dimasa akan datang penganjur mendapat penajaan lebih agar dapat menyediakan hadiah wang tunai selain daripada piala.

"Pada awal AMD iaitu DAMA telah memberi wang tunai sebanyak RM1500 kepada pemenang pada masa itu," katanya kepada Sarawakiana.

Melissa turut menambah, AMD perlu menjadikan acara tersebut lebih meriah jika pemberian hadiah dipertingkatkan.

"Namun saya tetap berpuas hati dengan pemilihan juri terhadap pemenang anugerah.

"Ini menunjukkan ia sudah meningkat dari aspek penganjuran kerana ia sudah menuju ke arah profesionalisme yang tinggi," jelasnya.-Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA