McDonald’s Perkenal Menu Tempatan ‘Cakoi’



Rangkaian makanan segera terkenal, McDonald’s baru-baru ini memperkenalkan menu baharu yang kena dengan selera tempatan iaitu kuih cakoi dalam senarai produk mereka.

Cakoi atau juga lebih dikenali sebagai Youtiao dalam bahasa Kantonis merupakan sarapan yang sinonim di kalangan masyarakat Malaysia.

Kaum Cina gemar makan cakoi dengan bubur manakala Melayu lebih suka mencicahnya dengan kuah pandan mahupun jagung.

Menu terbaharu, Cuba-Cuba Cakoi ini boleh didapati di semua cawangan McDonalds bermula jam 4 pagi hingga 11 pagi setiap hari.

Set Cuba-Cuba Cakoi turut disertakan air minuman kacang soya selain toppings coklat dan strawberi.

Sementara itu di Itali, rangkaian francais sama turut memperkenalkan burger manis pertama, Burger Nutella untuk santapan penduduk di sana. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA