MCA: Barua DAP

Tulisan asal oleh :
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 27 November 2016.

DAP mengatakan bahawa MCA adalah ‘running dog’, atau barua dalam bahasa Melayu. Malah, bukan sahaja DAP mengatakan sedemikian, ramai orang Cina yang menghantar komen di internet juga mengatakan perkara yang sama. Dan mereka mengatakan bahawa MCA adalah barua Umno. Para pengkritik dan pembenci MCA mungkin betul mengenai dakwaan bahawa MCA adalah barua. Tetapi mereka salah mengenai dakwaan bahawa MCA adalah barua Umno. MCA sebenarnya adalah barua DAP.

(Running dog adalah terjemahan literal daripada istilah bahasa Cina 走狗 (zǒu gǒu), yang bermakna orang suruhan, orang yang dikawal oleh orang lain, atau orang yang tidak berprinsip yang membantu atau memberi khidmat kepada mereka yang lebih berkuasa dan selalunya berniat jahat).

Ironi semua ini adalah DAP menuduh MCA menjadi barua Umno sedangkan mereka tahu bahawa ia adalah tidak benar dan bahawa MCA sebenarnya adalah barua DAP. Tetapi itu adalah strategi yang terbaik untuk digunakan. Serang seseorang dan letakkan orang itu dalam posisi pertahanan. Maka orang itu akan menghabiskan begitu banyak masa mempertahankan dirinya atau cuba untuk membuktikan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar sehinggakan orang itu tidak mempunyai masa untuk membalas serangan.

MCA lebih bimbang tentang menyinggung perasaan DAP berbanding menyinggung perasaan Umno. Jika Umno mengambil satu pendirian dan DAP mengambil pendirian yang bertentangan, MCA akan memilih pendirian DAP berbanding pendirian Umno. MCA lebih suka mengecewakan Umno daripada DAP. Dan, dalam pertandingan untuk memenangi hati dan minda orang Cina ini, MCA mesti menunjukkan ia lebih kepada orang Cina, lebih anti-Melayu, lebih anti-Islam, lebih anti-Hudud, lebih pro-sekolah Cina, lebih pro-bahasa Cina , dan lain-lain, berbanding DAP.

Ambil apa yang Presiden MCA Liow Tiong Lai berkata hari ini. "MCA kekal tegas menentang sebarang Rang Undang-Undang yang dipercayai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Kami menganggap Rang Undang-Undang Hadi adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan."

Pada asasnya itu adalah pendirian DAP dan kenyataan itu boleh datang dari mulut Lim Kit Siang. Dan kini itu juga adalah pendirian MCA. Ia membuatkan anda tertanya-tanya sama ada apabila DAP membuat apa-apa pengumuman atau mengeluarkan kenyataan, mereka ada menghantar salinan kenyataan itu kepada MCA supaya MCA boleh membuat pengumuman atau kenyataan yang sama.

Tidak syak lagi bahawa kenyataan itu sedap didengari apabila ia datang dari mulut Lim Kit Siang kerana beliau biasa membuat kenyataan seperti itu, yang sememangnya retorik tetapi tidak mempunyai isi. Tetapi datang dari mulut Liow Tiong Lai, ahli kerajaan, ia membuatkan anda tertanya-tanya apa yang beliau cuba katakan. Bagaimana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan?

Tiong Lai tidak menjelaskan kerana beliau tidak boleh menjelaskan, terutamanya kerana beliau hanya mengulangi karut DAP tanpa mengetahui maksudnya. MCA telah diberi amaran bahawa jika mereka mengkritik DAP atau menentang DAP maka orang Cina akan marah dan MCA akan kehilangan undi. Hakikat bahawa sama ada MCA membuat DAP marah atau mereka membuat DAP gembira tidak penting kerana orang Cina masih tidak akan mengundi MCA, seolah-olah tidak pernah telah terlintas di fikiran mereka.

Pada asasnya, MCA dan Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, tidak lagi mempunyai kemahuan dan keberanian untuk melawan. Orang Cina akan berkata mo choon toi. Mereka seperti telah menerima hakikat bahawa DAP kini mewakili orang Cina dan dengan DAP bermegah bahawa pada pilihan raya umum 2008, mereka mendapat 85% undi orang Cina, pada tahun 2013 90%, dan pada pilihan raya umum akan datang pada tahun 2017 atau 2018 ia akan menjadi 95%, MCA sudah berundur dan sedang bersedia untuk kalah.

Terdapat kira-kira 45 hingga 46 kerusi yang parti-parti Cina boleh menang daripada 222 kerusi Parlimen. Dan pilihan raya sebelum ini telah menunjukkan bahawa 45-46 adalah jumlah untuk semua parti Cina digabungkan. Oleh itu, ia adalah permainan ‘zero-sum’ - jika saya menang, anda kalah dan jika saya kalah anda menang. Dan setiap kali MCA menang DAP kalah dan sebaliknya. Oleh itu masa depan MCA bukannya bersama dengan Umno dan Barisan Nasional. Ia adalah dengan DAP. Dan ini bermakna MCA telah menjadi barua DAP dan bukan barua Umno, seperti apa yang kebanyakan orang telah tersilap percaya.

Asas politik MCA sepatutnya adalah sekolah-sekolah Cina, akhbar-akhbar Cina dan persatuan Cina. Jadi ini adalah serangan serampang tiga mata utama DAP. DAP bertindak mengubah sekolah Cina, akhbar-akhbar Cina dan persatuan Cina dari pangkalan sokongan MCA kepada pangkalan sokongan DAP. Sebagai contoh, ramai pemimpin persatuan itu adalah ahli seumur hidup MCA. Tetapi mereka semua berkhidmat untuk DAP dan bekerja untuk membantu DAP mendapatkn sokongan dan undi kaum Cina.

Pemimpin-pemimpin di sekolah-sekolah Cina, akhbar-akhbar Cina dan persatuan Cina ini memakai kot MCA tetapi berkhidmat dalam tentera DAP. Itu dipanggil sebagai pengkhianat, budaya yang seolah-olah dipandang mulia bagi orang Cina Malaysia. Dan mereka inilah yang orang Cina gelarkan sebagai barua. Dan tugas mereka adalah untuk memainkan faktor benci dengan membuat orang Cina membenci Umno dan dalam proses yang sama membenci ‘barua’ Umno, MCA, yang sebenarnya adalah barua DAP dan bukannya barua Umno.

Pada asasnya pertandingan antara MCA dan DAP adalah tentang siapa yang akan menang kesemua 45-46 kerusi 'orang Cina'. Jika DAP menang 35 maka MCA akan menang 10. Jika DAP menang 25 maka MCA akan menang 20. Dan jika DAP menang 45 maka MCA akan menang sifar. Dan siapa yang menang sebahagian besar 45-46 kerusi itu bergantung kepada pengundi Cina.

Jadi ini bermakna MCA tidak boleh mengecewakan pengundi Cina dengan menentang DAP. Bukan sahaja sekolah-sekolah Cina, akhbar-akhbar Cina dan persatuan Cina telah memberi amaran kepada MCA mengenai ini, malah ‘underworld’ Cina juga telah berbuat sedemikian. Ironi tentang perkara ini adalah bahawa lebih daripada setengah abad MCA telah membantu membiayai sekolah-sekolah Cina, akhbar-akhbar Cina dan persatuan Cina. Namun begitu, organisasi-organisasi ini berkhidmat untuk DAP dan bukannya MCA.

The Star sebenarnya dimiliki oleh MCA. Tetapi mereka berkhidmat untuk agenda DAP dan pembangkang. Namun begitu, MCA masih membiayai The Star. Ia sama lucu seperti Umno memberi Harakah (atau Malaysiakini) RM100 juta untuk menulis artikel yang mengkritik Umno dan kerajaan. Nasib baik orang Melayu Umno tidak sebodoh orang Cina MCA.

Sebenarnya, jika anda pertimbangkannya, Kit Siang telah memerintah DAP sejak ramai daripada anda masih sekolah rendah manakala MCA telah melalui begitu banyak pertukaran pemimpin sejak tahun 1980-an sehinggakan banyak kali kita tidak tahu siapa sebenarnya adalah pemimpin MCA. Maksud saya, kebanyakan rakyat Malaysia boleh menamakan 20 pemimpin DAP yang teratas tetapi tidak dapat menamakan tiga pemimpin teratas MCA.

Itulah bagaimana tidak relevannya MCA telah menjadi. Mungkin Umno perlu membuang MCA dan membiarkan mereka menyertai Pakatan Harapan. Lagipun, Pakatan Harapan telah menjadi tempat pembuangan untuk parti-parti nyamuk seperti PAN, Pribumi dan apa sahaja nama parti baru yang telah Shafie Apdal bentuk di Sabah.

Pakatan Harapan juga telah menjadi 'rumah persaraan' untuk ahli-ahli politik yang telah tamat tempoh yang tidak lagi mempunyai sebarang masa depan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Anwar Ibrahim, Mukhriz Mahathir, Ahmad Husni Hanadzlah, Mat Sabu, Mohamad Ezam Mohd Nor, Muhammad Muhammad Taib , dan ramai lagi, di mana orang MCA semestinya selesa di situ.

Pakatan Harapan memungut ahli-ahli politik dari gulungan bermasalah dan mereka yang dibelenggu dengan skandal seks dan rasuah. Pakatan Harapan telah menjadi sebuah kilang kitar semula di mana anda menghantar bahan buangan untuk dijadikan beberapa produk murah. Senarai siapa adalah siapa dalam ‘Rouges’ Gallery’ Pakatan Harapan adalah hampir sama seperti ‘Hall of Shame’. Begitulah nasib mereka yang dipungut Pakatan Harapan selepas dibuang oleh Barisan Nasional. Dan ini seolah-olah adalah tempat arah tujuan MCA.

Tetapi ini bagus untuk DAP. DAP telah memaksimumkan pasaran Cinanya dan tidak lagi boleh mara. Ia kini perlu mensasarkan pada pasaran Melayu kerana tanpa orang Melayu, DAP hanya boleh mendapatkan 45-46 kerusi. DAP memerlukan sekurang-kurangnya lagi 70 kerusi atau lebih untuk memegang Putrajaya. Dan di sinilah di mana PKR, PAN dan Pribumi boleh membuktikan kebergunaan mereka. Sebagai barua DAP, PKR, PAN dan Pribumi diharapkan boleh membawa masuk lagi 70 kerusi atau lebih.

Dan ini adalah bahagian kedua agenda DAP, seperti yang telah dinyatakan dalam artikel sebelum ini. Selepas memonopoli pasaran Cina, DAP kini perlu memecahkan pasaran Melayu dengan membahagikan orang Melayu kepada lima, enam atau tujuh kumpulan. Dan ini yang sedang dilakukan semasa anda membaca artikel ini. Jadi sekarang kita mempunyai Umno, Pribumi, PAS, PAN, dan PKR. Dan jika PAS dan PKR boleh dibahagikan lagi kepada puak pro-Hadi, anti-Hadi, pro-Azmin dan anti-Azmin, maka orang Melayu akan dibahagikan kepada tujuh kumpulan berbanding dengan orang Cina yang disatukan di bawah DAP dan dengan MCA yang telah menjadi tidak berguna itu.

Dan dengan itu Lim Kit Siang akan mencapai apa yang beliau pada mulanya telah rancangkan, iaitu untuk melihat penguasaan kerajaan pimpinan DAP di Putrajaya di mana orang Melayu akan semata-mata menjadi hamba DAP.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/mca-daps-running-dog/

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA