Mayat Mangsa Lemas Di Santubong Ditemui

Gambar Hiasan
KUCHING: Selepas hilang lebih 22 jam, mayat seorang pelajar madrasah yang dikhuatiri lemas semasa perkelahan bersama pelajar lain dan guru pengiring dijumpai kira-kira 20 meter dari lokasi terakhir dilaporkan terjatuh.

Mayat mangsa, Aslam Husaini,19, ditemui pada pukul 8.20 pagi tadi oleh pasukan penyelamat yang menggunakan kayak.

Menurut jurucakap bomba, mangsa ditemui pada jarak 20 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan terjatuh.

"Mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Pada Ahad lepas, mangsa bersama 45 pelajar lain bersama tiga guru pengiring dari sebuah madarasah di Jalan Depo Samariang mengadakan perkelahan di Santubong.

Ketika kejadian rombongan pelajar terbabit mengadakan aktiviti rekreasi manakala tiga pelajar termasuk mangsa bermain di kawasan batu sebelum ketiga-tiganya terjunam ke dalam laut.

Dua daripada mereka berjaya berenang ke tepi pantai manakala mangsa hilang.-Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA