• Mayat Lelaki Sakit Mental Ditemui Dalam Longkang

    Published: Tuesday, 1 November 2016
    A- A+
    Mayat Lelaki Sakit Mental Ditemui Dalam Longkang

    LUMUT – Mayat seorang lelaki dipercayai menghidap masalah mental ditemui di dalam longkang di kawasan perumahan Taman Limau, Sitiawan di sini pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Ahmad Zailan Tengku Ahmad Shah berkata mayat Tan Swee Chuan, 67, ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada kira-kira 9 pagi.

    “Pemeriksaan ke atas badan mangsa mendapati terdapat kesan luka pada bahagian kening sebelah kiri disyaki akibat terjatuh dan terkena bucu longkang.

    “Bagaimanapun, tiada sebarang unsur jenayah di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Tengku Mohd Zailan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Mayat Lelaki Sakit Mental Ditemui Dalam Longkang "