Mayat Dipercayai Mangsa Tongkang Karam Dijumpai


MUKAH: Operasi mencari mangsa tongkang membawa muatan batu kelikir yang karam berhampiran Kampung Betanak, pasukan Bomba dan Penyelamat telah menjumpai satu mayat berhampiran tempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan telah menjumpai satu mayat pada jam 11.35 pagi tadi di perairan Kampung Penipah dekat sini.

"Mayat mangsa dibawa ke pusat gerakan operasi di Kampung Betanak untuk pengecaman oleh ahli keluarga sebelum di hantar ke Hospital Daro," katanya

Mangsa dipercayai salah seorang daripada empat yang hilang dalam tragedi tongkang karam di perairan Kampung Betanak semalam.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA