Maut Akibat Serangan Jantung Ketika Menyelam


QUEENSLAND: Dua pelancong Perancis meninggal dunia akibat serangan jantung ketika melakukan aktiviti menyelam di Great Barrier Reef Cairns.

Kejadian berlaku di perairan cetek di Michaelmas Cay kira-kira 11.00 pagi ketika menyelam.

Menurut Pengarah Eksekutif Persatuan Pelancongan Taman Laut, Collin MzKenzei berkata, mangsa mempunyai masalah jantung sebelum melakukan aktiviti dalam air.

"Kami mengesyaki mangsa mempunyai masalah kesihatan namun punca sebenar kematian akan disahkan oleh pihak berkuasa," katanya dipetik Yahoo.News.

Kawasan tersebut merupakan lokasi pelancongan popular di luar pantai Cairns.

Kedua-dua mangsa berumur dalam lingkungan 60 an dan mengalami masalah kesihatan.

Salah seorang pelancong Perancis yang turut mengalami masalah jantung ketika menyelam bagaimanapun terselamat.

Mereka kini menerima rawatan oleh kakitangan terlatih di atas kapal Passioans of Paradise.

"Punca kematian dipercayai tidak mencurigakan dan polis dikerahkan ke lokasi kejadian," kata polis Queensland. -Sinar Harian

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA