Masuk BN Jika Mahu Tahu Semua



KUCHING : Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Snowdan Lawan kecewa dengan kenyataan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian semalam yang menjejaskan reputasi Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing mengenai isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu.

Beliau berkata, apa yang beliau fikirkan sehingga salah faham terhadap kenyataan TKM atau mungkin ia adalah taktik biasa mereka, keinginan untuk memanipulasi sehingga mensensasikan perkara itu.

"Walaupun Masing tidak terlibat dalam perbincangan tersebut tetapi ia dilaksanakan dipihak pentadbiran antara Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Setiausaha Negara.

"Tanpa penglibatan politik dalam perbincangan tersebut, Baru Bian membuat kenyataan sedemikan dan perkara seperti ini harus dielakkan," katanya kepada Sarawakiana.

Snowdan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin berkata, ramai telah memberi pandangan serta memberi respon terhadap isu MA63 termasuk pembangkang yang kerap membangkitkan ia sebagai teras politik mereka.

"Secara keseluruhan saya berterima kasih kepada pentadbiran kerajaan kerana meneruskan perbincangan tersebut dengan baik dan tumpuan sedang menjurus kepada pihak persekutuan sebagai teras membuat keputusan," ujarnya.

Snowdan turut mempersoal Baru Bian, bahagian mana MA63 yang dirasakan dikecualikan sedangkan perkara 18 begitu jelas serta dijadikan rujukan.

"Baru Bian harus faham bahawa isu MA63 telah diserah kepada pihak pentadbiran negeri dan persekutuan untuk meneruskan segala butiran yang ada.

"Atau jika Baru Bian ingin mengetahui segala tentang butiran perbincangan, satu cara terbaik untuk Baru Bian ialah menemui jawapan ialah dengan menyertai kerajaan (BN) dan saya percaya seluruh Sarawak akan menyokong langkah berkenaan," tambahnya.
-Sarawakiana

2 comments:

  1. Mr. Satem doesn't seem to care what the people of Sarwak so wish for. What he cares about is his master's wish. With a very unconvincing gesture and reaction form PM Lanun he easily forgotten that the state been cheated and sidelined again and again since day one of the Malaysian Federation, and now wiped out the peoples' hope to see Sarawak unchained itself from the hell of malaya....We all can still remeber claerly how he begged to be given the chance to memerintah for another 5 yrs to lead to and champion that state in last election but in an irony bizarre turn betray the very rakyak whom had given him the 'chance' he asked for. I am not too sure of the type of leader he is but am pretty convinced that he is not one that will be or bring good for the Dayak. No, he is not..

    ReplyDelete
  2. Mr. Satem doesn't seem to care what the people of Sarwak so wish for. What he cares about is his master's wish. With a very unconvincing gesture and reaction form PM Lanun he easily forgotten that the state been cheated and sidelined again and again since day one of the Malaysian Federation, and now wiped out the peoples' hope to see Sarawak unchained itself from the hell of malaya....We all can still remeber claerly how he begged to be given the chance to memerintah for another 5 yrs to lead to and champion that state in last election but in an irony bizarre turn betray the very rakyak whom had given him the 'chance' he asked for. I am not too sure of the type of leader he is but am pretty convinced that he is not one that will be or bring good for the Dayak. No, he is not..

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA