Mangsa Pedofilia Disuruh Lakukan Seks Dengan Lembu


Seorang lelaki, yang dipaksa melakukan seks dengan seekor lembu ketika kecil oleh pedofilia, telah mendedahkan bagaimana rakan sekerjanya telah mengejeknya selepas mereka mendapat tahu mengenai pengalaman silam yang menyakitkan itu.

Mangsa, yang kini telah mempunyai anak, menyatakan demikian di hadapan hakim, dalam kes perbicaraan terhadap paedophile terbabit, Allan Kenneth Brookes.

“Saya menerima panggilan telefon daripada rakan sekerja saya dan mereka mengejek saya dengan bunyi seperti lembu,’’ katanya yang kemudiannya tidak lagi pergi ke tempat kerja selepas mendapat panggilan yang memalukan itu.

Keadaan itu juga, kata mangsa telah menyebabkan dia menganggur dan takut untuk keluar rumah.

Ketika menyatakan perkara itu, teman wanita yang turut hadir di mahkamah telah menangis.

“Allan Brookes memusnahkan hidup saya,’’ katanya yang berubah daripada seorang kanak-kanak yang gembira kepada kanak-kanak yang sering panik dan ponteng kelas dengan bersembunyi dalam semak.

Apabila meningkat dewasa, penderaan itu telah menyebabkan kehidupannya musnah dan dia akhirnya menjadi pemabuk.

Allan yang telah ditangkap pada 2014, telah mengakui salah kerana melakukan pelbagai kesalahan seks melibatkan mangsa yang sama, yang berusia bawah 16 tahun.

Hukuman ke atas Allan akan ditetapkan pada 20 Februari ini.- Mynewshub

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA