• Mangsa Bot Karam Sg Batang Lupar Dijumpai

    Published: Tuesday, 8 November 2016
    A- A+

    SRI AMAN: Mayat seorang lelaki yang lemas di Batang Lupar berhampiran Tawai Ulu di sini akhirnya ditemui oleh penduduk kampung pagi tadi.

    Mangsa, Entiam Liang, 47 dilaporkan hilang selepas bot yang dinaikinya bersama empat lagi rakannya terbalik awal pagi semalam.

    Menurut jurucakap bomba, mayat mangsa ditemui lima kilometer dari kawasan beliau dilaporkan hilang.

    “Mayat mangsa diserahkan kepada pihak poilis untuk tindakan selanjutnya”,katanya.

    Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya jam 9 50 pagi tadi berikutan penemuan mangsa.-Sarawakiana

  • No Comment to " Mangsa Bot Karam Sg Batang Lupar Dijumpai "