Mampukah Baru Bian Bersuara Seperti Chong Chieng Jen ?


Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kali ini dilihat sepi tanpa kelibat Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen yang digantung pada hari pertama persidangan.

Memang tidak disangka Chong berbuat sedemikian memandangkan sebelum ini Chong terkenal dengan kelicikan berhujah tanpa bertindak diluar jangkaan.

Persoalannya, kenapa Chong mudah menerima hukuman terhadap beliau tanpa melawan seperti sebelum ini?

Yang pasti Chong sudah tidak ada isu yang kuat untuk melontar hujah bagi memerangkap dan melemahkan kepimpinan Barisan Nasional Negeri. Nampak begitu mudah Chong mengalah pada kali ini. Langsung tidak menunjuk sikap sebenar beliau.

Berkemungkinan juga Chong ada sesuatu yang beliau sembunyikan tanpa pengetahuan umum mahupun pihak rakan pembangkang.

Dari kacamata pemerhati, hanya suara Chong yang lebih vokal mewakili pihak pembangkang, yang lain bukan sahaja tidak mampu bersuara seperti Chong malah tidak mampu melontar hujah yang bernas.

Ada pula khabar angin yang mengatakan Chong tidak sekepala dengan Pengerusi Parti Keadilan (PKR) Sarawak Baru Bian. Adakah ini sebabnya Chong menyerah kalah untuk tidak mahu terus bersidang sehingga menerima hukuman pergantungan dengan mudah ?

Kenyataan Baru Bian sebelum ini lebih condong kearah pro-BN yang menyokong tindakan Ketua Menteri berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Berbeza dengan Chong yang hanya mempertikai jaminan serta apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri.

Mungkinkah Chong sudah tawar hati dengan pembangkang di DUN Sarawak menyebabkan beliau sanggup digantung daripada menghadiri persidangan DUN.

Kini di blok pembangkang,  Baru Bian bertindak sebagai Ketua Pembangkang di DUN. Namun apakah Baru Bian mampu bersuara dengan vokal sepertimana Chong Chieng Jen?. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA