Malaysia Terima 500 Pelarian Syria Sebelum Akhir Tahun



KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menerima 500 pelarian Syria menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata, setakat ini, seramai 78 pelarian Syria berada di negara ini. "Pada perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-70 yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan komitmen bahawa Malaysia bersedia menerima 3,000 pelarian dalam jangka masa tiga tahun.

"Kita anggarkan dalam masa terdekat, 2016 kemungkinan akan terima 500 pelarian dari Syria," katanya pada sesi khas waktu pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT), di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang ingin mengetahui jumlah terkini pelarian Syria di negara ini.

Menjawab soalan lain, Anifah berkata, menerusi pelbagai langkah keselamatan yang diambil, setakat ini Malaysia berjaya membendung masalah penyertaan rakyat negara ini yang berada di negara bergolak sebagai pejuang asing. - BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA