Malaysia, Indonesia Bincang Kes Penculikan Nelayan


PETALING JAYA: Malaysia dan Republik Indonesia mengadakan pertemuan diplomatik di Putrajaya pada Isnin bagi membincangkan insiden penculikan dua warganegara Indonesia yang berlaku pada 5 November di kawasan perairan Kuala Kinabatangan, Sabah.

Berdasarkan pertemuan itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman (gambar) dan rakan sejawatnya, Retno L.P. Marsudi bersejutu untuk bekerjasama dengan kerajaan Filipina bagi mengesan, memastikan keselamatan dan membebaskan tebusan Indonesia terbabit.

Kementerian Luar menerusi satu kenyataan berkata, kedua-dua pihak menyatakan komitmen mereka untuk meningkatkan kerjasama di bawah kerangka kerja Trilateral Cooperative Arrangement Indonesia – Malaysia – the Philippines of Immediate Measures to Address Security Issues in the Maritime Areas of Common Concern (TCA).

"Mereka juga bersepakat untuk meningkatkan lagi usaha bagi memuktamadkan Standard Operating Procedure (SOP) yang berkaitan di bawah TCA tersebut dan memastikan pelaksanaan yang berkesan bagi menangani isu penculikan,” jelas Wisma Putra.

Pada Ahad, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Wan Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan bahawa dua tekong warga Indonesia diculik oleh sekumpulan lima lelaki bersenjata dalam dua insiden yang berbeza.-mStar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA