• Lori Tangki Minyak Terbakar Di Bintulu

    Published: Tuesday, 8 November 2016
    A- A+

    BINTULU: Sebuah lori tangki minyak terbakar dalam insiden yang berlaku sekitar jam 8.40 pagi tadi di Jalan Sibu-Bintulu.

    Menurut jurucakap bomba, kebakaran hanya melibagkan tayar belakang lori tersebut.

    "Sebuah lori tangki mibyak terbakar yang melibatkan tayar belakang lori.

    "Kita (bomba) bertindak memadamkan kebakaran menggunakan sumber air daripada jentera," katanya.

    Difahamkan semasa kebakaran, tiada muatan minyak di dalam tangki lori tersebut.

    Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.-Sarawakiana
  • No Comment to " Lori Tangki Minyak Terbakar Di Bintulu "