Longgokan Sampah Jadi Hadiah Parkir Sesuka Hati


Seorang lelaki China yang sengaja memakir kenderaannya dengan sesuka hati akhirnya telah mendapat pengajaran yang setimpal atas perbuatannya itu.

Menurut laman Shanghaiist, dalam kejadian yang berlaku di Zhengzhou, pada Selasa lalu, lelaki dikenali sebagai Shang dilaporkan dalam keadaan tergesa-gesa untuk hadiri makan malam bersama rakan-rakannya.

Shang yang menaiki sebuah kenderaan utiliti sports (SUV) difahamkan telah memakir kenderaannya di hadapan pintu laluan masuk sebuah tempat pelupusan sampah.

Sikap tidak bertanggung jawab Shang membuatkan pekerja pembersihan berang lalu memutuskan untuk membuang sampah di sekeliling kereta itu sebelum meneruskan rutin hariannya.

Shang yang kembali beberapa jam kemudian mendapati SUVnya telah ‘dikebumikan’ dengan timbunan sampah.

Akibatnya, dia terpaksa mengupah operator forklift sebanyak 1,100 yuan (kira-kira RM682) untuk membersihkan timbunan sampah itu supaya keretanya boleh dibawa keluar.

Tindakan bijak pekerja pembersihan itu mendapat pujian daripada netizen dan peringatan buat warganya yang lain supaya tidak memakir kenderaan sesuka hati. -MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA