• Letupan Di Pangkalan Tentera AS, Empat Maut

    Published: Saturday, 12 November 2016
    A- A+

    KABUL: Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala 14 lagi cedera dalam letupan di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) terbesar di Afghanistan hari ini.

    "Satu letupan meledak di kawasan pendaratan pesawat di Bagram meragut beberapa nyawa. Pasukan bertindak Bagram masih terus memberikan rawatan kepada mereka yang cedera dan menjalankan siasatan kejadian ini," kata NATO dalam satu kenyataan.

    NATO bagaimanapun tidak menamakan warga tentera yang menjadi mangsa akibat letupan itu. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Letupan Di Pangkalan Tentera AS, Empat Maut "